Tuesday, August 28, 2007

Kerna wanita (perempuan)


minta maaf kepada pihak yang terasa..thousand apologizes..  :(

Wednesday, August 22, 2007

Stressor

“Arghhh~”
The word that I can said for this week..
Mid term examination berderet..
Adoi. Sakit kepala..

On 24th august my last paper..
Huhuhu..

A week holiday..
Assignment need to be finished..









Saturday, August 18, 2007

Ada ape dengan mie?

Mie..i treat him like my pet brother previously. But recently the situation is not the same. Nothing can be change. Either I or he is slickly changed. For this semester both of us are not in the same class. We are rarely met up. I really miss the part, where both of us are hanging out together for dinner. And we were catching up new news for each other. But now, the situation is not the same as before.

Kenapa dengan dia sekarang? Dah tak macam dulu. Tak friendly macam dulu. Where’s the relationship as a pet brother? Dah tak der nasihat-menasihati.

Bila terserempak, hanya perkataan “hi…bye”. Aku pelik. Mana keserasian yang dulu? Yang lama dah terbina. Kenapa sekarang lenyap macam tu je..?

Terasa ke dia bila aku dah berpunya? Aku masih menganggap dia sebagai orang yang rapat dengan aku suatu masa dahulu. Yang banyak membantu aku pulihkan keadaan. Cepatnya dia berubah. Aku masih seperti dahulu. Boleh berunding bersama. Bagi aku itu tidak menjadi masalah. Bukan aku buat jahat. Aku sekadar membantu dia di kala susah.

Dulu diri inilah yang menjadi tempat luahan hati. Mendengar dan memberi nasihat kepada anak lelaki yang ego nya tinggi. Anak lelaki yang keras hatinya. Sehinggakan air jernih mengalir di pipinya tika kusyuk menceritakan masalah nya. Itula mie.. yang Nampak je garang diluar tapi lembut di dalam. Mendengar rintihan seorang anak yang kurang kasih sayang daripada keluarga. Family nyer yang masing-masing busy dengan tugas. Tak endahkan hati dan perasaannya. Dia menangis, dan aku biarkan dia menangis. Kerna dengan cara itu, dapat melegakan tekanan yang dialaminya.

Aku kagum dengan dia. Walaupun berlatar belakangkan keluarga yang bermasalah and broken family tapi dia cekal. Punyai azam yang tinggi untuk berjaya. Masih punyai semangat untuk teruskan pelajaran. Bukan calang-calang orang boleh berbuat demikian. Tapi itula yang ada pada mie..

Aku rindukan nasihat dan teguran daripada seorang kawan yang aku rapat dulu. Nasihat yang membawa aku mengenal erti hidup. Mengingatkan aku itu dan ini. Tapi itu dulu. Sekarang tak lagi. Masing-masing dengan dunia sendiri.

Jealous??

Memang wajar sifat ini ada pada semua orang. Tapi perlu ada batasnya. Kenapa perlu jealous pada orang lain. Tahukan aper akibatnya?
Makan diri sendiri. Merana diri.

“dengan aku pun dia nak jealous?” rugut kawanku..
Aku hanya diam diri. Tak mahu tambahkan ‘kepanasan’ situasi..

Kadang kala berdiam diri itu lebih baik. Ubat segala penyakit.
Diam dan hela.
Bukannya diam dan simpan. Itu jadi dendam kelak.
Percayala wahai kalian, sesungguhnya jealous @ dengki ini tidak akan membawa diri pergi jauh. Kita akan berada di takuk yang lama. Setiap yang berlaku atau lakukan mestilah ada batasnya. Do not exceed it!
Tapi itulah anak adam, tidak boleh lari daripada kesilapan.

Kenapa perlu dengki sesame umat? Sesame keluarga? Sesame saudara?
Bukankah itu akhlak yang mundur bagi sesebuah umat?

Macam mana nak maju sekiranya dengki sesame kita?

Pointer lagi tinggi dari aku? 
(itu rezeki yang sudah tersirat disebalik yang tersurat untuk nya. Kita tidak boleh pertikaikan, kerna itu kerja Tuhan. Yang perlu kita lakukan ialah majukan diri standing dengannya. Bukan bad stabber about other who is smarter than you. )

Kenapa dia faham, tapi aku tak faham?
(dah kata dah, jgn mkn kepala ikan. Kan dah jd bodoh. Baghal. Tak semua orang sama cara belajarnya. Lain orang lain caranya. Rambut je sama hitam, hati lain-lain. Pertingkatkan usaha, rajin ulangkaji. Insyallah, kerna kita telah berusaha. )

Kenapa dia pandai? Ada pakwe? Dah la gemuk. Aku yang ‘cun’ ni, tak der org pun yang nak..
(matlamat utama ke kampus utk ape? Utk cari pakwe ker? Tanya minda, cerminlah diri. Jika itu yang diagung-agungkan utk study di kampus, sebenarnyer mereka tak layak berada di sana. Hantar jer pulang. Semak je! Aku tahu aku tak lawa mana, gemuk plak tu. Telah tersurat utk aku bertemu dengannya. Aku bersyukur. Kalau itu jodoh, alhamdulillah. Jika tidak, aku redha. Pasal ni pun mereka nk jealous? Kenapa? Kamu terasa aku mengabaikan kamu? Setiap masa di kampus, aku ader jer ngan kamu semua. Aku pandai? Kalau aku pandai, aku tak yah belajar lagi. Buka business n goyang kaki je. Dengan adanya usaha, semuanya Berjaya. Tidak lupa juga doa dipanjatkan kepada-Nya, serta tawakal.

Kenapa sumer budak lelaki nak belajar dengan dia? Budak2 lelaki yang pandai plak tu..
(adoi. Dengki sungguh. Kenapa punyai hati yang busuk, sedangkan ada raut wajah yang manis. Cantik diluar tak seindah cantik di dalam. Aku dan Budak-budak lelaki di class bertukar- tukar idea dan pendapat tentang pelajaran. Tidak lebih dari itu. Dorg bukannya ajak gi dating. If dorg ajak baru aku pergi. (oops! Hehe) dorg ajak gi study group. Bincang aper yang tak faham dan fahamkan sesame kami. Itukan bagus. Kenapa perlu jealous? Sebab tak der budak laki nk blajar ngan kamu ker? Jika itu yang buatkan hati kamu puas, tingkatkanlah akhlak diri kamu supaya mereka menghormati dan menghargai kewujudan kamu di situ. )


18 ogos 2007

Lama jari-jari ni tak menaip panjang..rindu pada blog aku..bak kata siddiq.. “mira,tak update topic baru?” maaf la kenalan ku sekalian.. masa tidak mengizinkan aku berbuat demikian. Tak lepas tangan. Macam-macam tutorial (latihan subject), assignment, dan kerja yang aku kena siapkan. Ni pun aku curi-curi masa..
Hehehe..sekejap lagi ader discussion CR (subject comparative religion)..

Phew~ for the two weeks..its kind a tough for me to face it.. Stressor with all around me..

Adoi. Tension gue~ sampai sakit kepala aku fikirkan semua ni.
Aper yang semua mira?
Ermm.. 1 benda yang aku fahami dalam kehidupan di kampus.
Jangan kedekut ilmu. Auuuch..! ader saper-saper yang terasa? Huhuhu..harap tinggalkan tabiat tue.. tapi isu ni hebat juga jika diperdebatkan. Memang panjang dan tiada titik focus. Pasal ilmu, persahabatan yang terjalin hampir 2 tahun, bagaikan telur di hujung tanduk. Tinggal nyawa-nyawa ikan.. tapi aku redha dengan aper yang berlaku. Aku hanya manusia biasa yang masih mencari ilmu utk bekalan di masa hadapan. Mencari,mempelajarai dan mengaplikasikan dlm kehidupan harian. Aku berikan ilmu ,salurkan ilmu dan curahkan ilmu yang aku mampu utk membantu seseorang yang bergelar ‘sahabat’..
Tinggi sebenarnya nilai seorang sahabat. Up skiet dr kawan. Tapi itu la..aku tak tahu aper salah aku, aper dosa aku, aper silap aku sehinggakan sahabat sendiri mengabaikan aku. Aku tak sedih. Tapi aku terkilan dengan tindakan nya yang hanya melepaskan batuk di tangga. Bila susah, baru mencari aku. Bila tak faham, baru teringat kan aku. Selama ni mana perginyer kalian-kalian semua? Jangankan pasal ilmu, hubungan saudara semuslim putus. Kecewa aku dengan sikap mereka.

Aku pujuk hati ini supaya jangan bersedih dengan perkara-perkara yang remeh seperti ini. Tapi apakan daya. Sakit jugak kepala aku asyik fikirkan semua ni.
aper salah aku? Aper?

Aku hanya bermain dengan emosi diri. Monolog dalaman yang meracau-racau. Aku buntu. Bengong.

Situasi ini selalu sangat berlaku bila hampir-hampir dengan exam. Bila musim exam, masa tu kita dapat lihat bermacam-macam ragam manusia.
Dulu senyum,sekarang masam..(tension la tue)
dulu peramah,sekarang pendiam (takut terbocor tips-tips penting),
dulu tak pernah Nampak muka, sekarang tiap-tiap muka dia (baru sedar nk study, dulu pergi class pun malas)

aku solute pada mereka yang willingly hulurkan bantuan pada mereka yang memerlukan.
Biarla ikhlas kerna sifat itu akan dikenang sampai bila-bila.






Thursday, August 02, 2007

terkelu...

For Allah (Alone) is Sufficient for me, And He is the Best Disposer (of my affairs).. Verily, Allah is always there for me~!

"O my Dear Allah, make my love for You the most beloved thing to me, and my fear for You the most fearful thing to me, and remove from me all worldly needs and wants by instilling a passion for meeting You, and when You have given the people of the world the pleasures of their world, make the coolness of my eyes (pleasure) in worshipping You."
Ameen~










sedih dgn diri sendiri..

hari ni..cm tak best. tapi tak elok lar cakap cam tu..coz today is thursday. hari yang elok utk jalankan puasa sunat. bukan itu yg aku nk pertikaikan. yg aku ingin katakan..adoi! sedih dgn diri sendiri. pagi tadi, ader class Comparative Religion. aku amik subject ni this sem. sj add dis subject. masuk-masuk jer clas, lecturer aku bagi assignment. dan group aku adlh group yg pertama kena buat presentation. aku hanya gelengkan kepala. tajuk presentation kami ialah Awal Muharram. segalanyer akan berjalan lancar selapas ni, sbb kami dpt resources dr luar. so,beban kerja dah kurang skiet..alhamdulillah.
kemudian.. at noon, aku ader class tutorial account. semalaman aku stay up utk siapkan hw account. tapi aku tak berjaya. sbb ader question yg aku tak faham nk buat. so, i just left it out. cadangnya nk bgn awal pg, nk continue buat hw. tp malangnya, aku ngantuk sgt. ader 4 soalan kena buat. i manage to do 3 question out of 4 ques. bagi aku, at least i try my best to do. dgn cuak, aku pergi class. mmg hati rasa tak selesa, coz aku tak complete kerja aku. aku gamble jer dtg class. lecturer aku (kitorg panggil miss) tanye saper yg siap semua. none of us complete the questions. miss dah start mengamuk.

miss tanya kat aku, "amira did you answer all the question?"
i replied, "i didn't do 1 question.i dont understand what the question is all about.."

dgn amarahnya, miss aku mengamuk lagi...
" if u dont undertand, why not u come and see me. are you busy with your activities?"

aku hanya geleng kepala dan tunduk. tak mahu menatap wajah miss yg sedang marah. aku hanya diam dan dengar leterannyer..

"this subject is a process of learning. its not a process of giving. you are not learning if i give u the answer. where's your efford to learn? if you dont undertand, do come and see me. just knock my door. i'm there,willingly to help you guys. i'm not the one who gonna sit for the exam. its you! i'm sad because you are not willingly to help your self.then, whose gonna help you? after this, this subject gonna be tougher. pls do something for yourself.."

selepas beberapa minit kemudian, miss dah ok. serious. aku takut.
takut utk sakitkan hati miss utk kali kedua dan seterusnyer...
so, kalau tak nak takut. kenalar buat semua hw.. huhuhu..

pastu kitorg bincang hw yg diberi.. miss tanyer kpd aku, " mira faham tak? mana yg u tak faham td?"
lega hati aku.miss ader tanyer. aku pun bgtaula aper yg tak faham. alhamdullillah, aku dpt betulkan aper yang aku salah tafsirkan sebelum nie. banyak jugak aku belajar benda baru. x-specially account, aku sedaya upaya utk buat yg terbaik utk subject nie. bukan subject ni jer..tapi semua lar..

bila hati mula berbicara...

semenjak dua ni.. kehidupan di kampus memang pening + celaru + bingar.. banyak masalah berlaku. tipu lar kan, if hidup xde masalah. itu bukan manusia namanyer.. kesibukan menyebabkan komunikasi berkurang. hidup ditimbuni kertas kerja yang berjela-jela panjang nyer. nama pun student. study is the important thing..
dalam menjalani hari-hari yang mendatang, permasalahan akan timbul dan sering timbul jika komunikasi sesama manusia tipis. sedih sebenarnyer biler nk berbicara tentang ini.. memang banyak masalah akan timbul.. dan jalan penyesaian paling simple is communication among the human being..
1 hari, aku tgh lepak-lepak di food court..aku dan member aku di datangi seorang member kami.dr jauh riak wajahnyer menampakkan seribu masalah. aku dah berdolak utk tidak mendgr.kejamkan aku? tapi aku terus duduk dan mendengar luahan isi hati member aku nie. masalah member aku ni hanyalah komunikasi. itu shj yang aku dpt pendekkan atau punca terasa hati adalah pokoknyer dr komunikasi..
its just a simple thing actually, but man make it complicated.. aku tak salahkan sesiapa dlm hal ini, kerna aku tidak tahu cerita sepenuhnya. aku tak nak amik tahu sebenarnye. bagi aku, itu masalah mereka, buat aper aku nk involve. lagi pun,saper aku? hanya org luar. jauh dr bidang kuasa aku utk memberi keputusan. aku hanya bekalkan nasihat kepada memberku, komunikasi la sesama kamu.luahkan aper yg terpendam.sesungguhnyer jika dier menerima aper yg kamu katakan,maka dia adalah sahabat kamu. jika sebaliknyer berlaku, dia hanyalah kawan sementara buat kamu..
bab terasa ni mmg susah. tapi itulah perempuan. ciptaan Tuhan Maha Kuasa. penuh dengan segala-galanya. perempuan memang sensitive. termasuklah diriku ini..
bila adanyer assignment yang berlambak-lambak, memang byk perkara sebegini terjadi. bertindaklah sebelum aper-aper yang tidak diingini berlaku..

wah..banyak kerja semuanyer pending. sibuk dgn quizes and assignment. but alhamdullilah, i manage to do it. ketika inilah, mahu saja aku menjerit utk hilangkan stress. tapi aku hanya mampu menarik nafas panjang...

Wednesday, August 01, 2007

when my heart whispers...

" andai kau memerlukan kekasih, maka pilihlah ALLAH. kiranya kau memerlukan teman sejati, maka dampingilah al-Quran, andai kau memerlukan kekuatan dalam kehidupan, maka tawakkal kepada ALLAH dengan penuh kesabaran. Teguhkan keyakinan kepadaNYA..."


sayang... sesungguhnya cinta kepadaNYA adalah cinta muthlak dan kekal... cinta kepadaku hanyalah sementara...