Apa yang telah berlaku kepada Nurin Jazlin Jazimin merupakan satu peristiwa
yang telah mendapat perhatian seluruh negara. Kesakitan dan penderitaan yang
dialami oleh kanak-kanak yang hanya berumur 8 tahun ini tidak dapat
dibayangkan. Begitu juga dengan trauma yang terpaksa dihadapi oleh ibubapa,
adik beradik dan keluarga arwah NurinJazlin, berat mata memandang berat lagi
bahu yang memikul.
Sedarkah kita bahawa kejadian culik,rogol dan bunuh ini bukanlah perkara
yang baru tetapi sebelum ini ada beberapa kes lagi. Kebanyakan kes-kes
ini melibatkan remaja dan kanak-kanak.
Pada 18 Mei 1999 Audrey MelissaBathinathan, 17 tahun telah dijumpai
berhampiran Sekolah Perempuan Methodist Kuala Lumpur, tempat beliau belajar.
Hasil bedah siasat mendapati mangsa telah dipukul di kepala, dirogol dan
dijerut lehernya. Noor Suzaily Mukhtar,24 tahun telah ditemui di Taman Bukit
Tinggi pada 7 Oktober 2000 Klang.Mangsa telah dirogol dan bunuh dalam sebuah bas
ekspres dan mayatnya dicampak di sebuahjalan di kawasan pembinaan Taman Bukit
Tinggi, Klang.
Pada 23 Oktober 2000 Nor Shuhada Borak,6 tahun ditemui mati dalam tangki air
dibumbung bangunan kediaman tiga tingkat jenis townhouse di Selayang dalam keadaan
separuh bogel dan lebam padamuka dan tangan. Mangsa dipercayai telah dirogol sebelum dibunuh. Gadis berusia 17 tahun, Farrah Deeba Rustam dirogol dan dibunuh di bawah jambatan jalan
masuk ke Kampung Tersusun Batu 2, Jalan Lama Bidor-Tapah pada 14 Februari 2001.
Mangsa mati akibat dijerut denganmenggunakan tali.
Nurul Hanis Kamil telah dibunuh dalam semak selepas pulang dari sekolah di
Serkam Darat, Merlimau, Melaka pada 3Julai 2001. Sementara itu seorang
kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dirogol dan diliwat sehingga
terkeluar usus oleh dua remaja berusia19 tahun tahun ketika merompak keluarga
mangsa di rumahnya di Taman BukitMaluri, Kepong pada 13 Ogos 2001.
Norshakila Ramli Choo, 6 tahun telah dirogol sebelum dibunuh di Taman Tasik
Permai Ampang pada 1 April 2002.
Seorang pelajar sekolah menengah telah ditolak dari atas jejantas, ditendang
dan dicekik sebelum dirogol di bawahjejantas Jalan Reko, Kajang antara jam
2.35 petang dan 4.00 petang pada 8Oktober 2002. Mangsa mengalami patah
tulang belakang dan nyaris meninggal dunia. Kaki dan tangan mangsa juga
diikat ke belakang dan badannya ditutupdengan plastik hitam, mulut disumbatdengan stokin
dan diikat dengan saputangan sebelum ditinggalkan.
Pada 6 November 2002 Siti Nurliyana Shamimi Rosdi seorang kanak-kanak
berumur dua tahun telah diculik,dirogol dan dibunuh, dijumpai dalam keadaan
bogel di tebing Sungai Kedah, kira-kira500 meter dari rumahnya di Kampung
Seberang Terus. Hasil bedah siasat mendapati ada kesan koyak pada kemaluan
mangsa, selain lebih 40 kesan luka pada badan. Mangsa juga mengalami pendarahan
dalam otak dipercayai akibat dipukuldengan benda keras.
Noritta Samsudin berumur 22 tahun telah dijumpai mati di Kondominium Puncak
Prima Galleria, Sri Hartamas, Kuala Lumpur pada 5 Disember 2003. Mangsa
dikatakan telah dirogol sebelum dibunuh.
Pada 13 Jun 2003 Canny Ong lay Kian telah dilarikan dari tempat letak
keretaBangsar Shopping Center . Mayat mangsa ditemui separuh rentung di dalam
sebuah longkang di tepi Jalan Klang Lama,KualaLumpur .
Kanak-kanak berusia 10 tahun,Hasirawati Saridi ditemui mati dipercayai dibunuh
dan dirogol ketika dalam perjalanan kesekolah di Kampung Ratau, Menggatal,
Kota Kinabalu, Sabah pada 8 Januari 2004.
Pada 17 Januari 2004 seorang kanak-kanak berusia 10 tahun, Nurul Huda AbdulGhani
telah dirogol, diliwat sebelum dibunuh di pondok pengawal stesen pencawang
Tenaga Nasional Berhad KampungPekajang,
Gelang Patah, Johor. Mayatnya ditemui berbogel tersandar pada dinding tandas
pondok pengawal tersebut dalam keadaan mencangkung.
Mazny Abdullah dari Junjung, Bukit Mertajam, Pulau Pinang telah dibunuh
pada 23 November 2004. Siti SyazwaniAhmad Dusuki, 9 tahun telah dibunuh
selepas dirogol di Taman Rhu pada 22Disember 2004.
Masih ingatkah lagi kita kepada apa yang telah berlaku kepada mereka ini? Bila
membaca kisah Nurin Jazlin ramai yang merasa sedih dan hiba malah ada juga
yang terkejut dan marah. Kita merasa perkara yang sama bila kejadian sebelum
Nurin Jazlin berlaku tapi selepas itukita lupa.
Sudah tiba masanya sesuatu dilakukan untuk mencegah daripada berulangnya
kes-kes seumpama ini. Ketika ini ramai yang bercakap dan memberi pelbagai
cadangan selepas apa yang berlaku padaNurin Jazlin. Persoalannya bilakah
pandangan dan cadangan ini boleh dilaksanakan? Bila pula kita sendiri
akan mengambil tindakan untuk mengubah keadaan ini? Adakah kita hendak
menungguSiapa Selepas Nurin Jazlin baru ada kesedaran?
Saturday, September 29, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment