Sifat Cinta
Cinta itu suci, mahal dan tinggi
tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika
tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta
sebenar cinta.
Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa
manusia sejak manusia itu lahir ke
dunia. Cuma manusia akan melalui
tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari
cinta kepada belaian ibu, membawa kepada
cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah
puas mencari cinta suci, maka akan cinta
kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak
dapat dilihat tapi dapat dirasa dan
cinta sebenar cinta itu suci murni serta
putih bersih.
Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap
tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan
manusia itu bersedia menerima cinta itu.
Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima
cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi
rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia
untuk mengikat setia serta saling
memahami. Setia untuk
dipertanggungjawapk an kerana cinta.
Sedia untuk menyerah diri pada yang
dicintai.
Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa
dilihat, tetapi cinta itu indah dan
cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia
bertopeng. Bukan saja ia cantik malah
suci murni, bercahaya gemerlap dan putih
bersih.
Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak
kepada jodoh atau pasangan, dari diri
yang punya persamaan, dari diri yang
asalnya satu. Bila dapat yang dicari,
bermakna cinta itu menganggap telah
bertemu yang paling sesuai dan secocok
dengan jiwanya, untuk bersatu kembali.
Kehendak itu timbal balik sifatnya
kerana manusia dalam bercinta tidak
hanya menerima tapi juga menerima.
Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia
mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk
dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi
dengan orang lain. Sifat ini menuntut
hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi,
dalam pada ingin menakluki, ia juga
ingin ditakluki sepenuhnya.
Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu
mengetahui. Orang yang bercinta tahu
siapa yang patut
dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya.
Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca
ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka
tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi,
cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu
akan peraturan cinta jika tiada
diberikan panduan.
Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia, boleh
berputik, lalu mekar serta boleh layu
dan gugur. Cinta itu punya deria dan
perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata
cinta, melihat
cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang,
benci, cemburu, gembira, sedih, tenang,
tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu
hidup sampai satu ketika ia akan menemui
mati.Tapi ramai orang berharap agar
cinta itu kekal selagi dia masih hidup
dan tetap hidup walaupun telah mati.
Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang,
cinta itu suci. Sucinya cinta bukan
bermakna ia tidak mengharap balasan.
Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya
cinta bermakna ia tidak bernoda dan
tidak pula berdosa Itulah sifat asal
cinta, ia suci bagaikan anak yang baru
lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan
cuba mengekalkan cinta itu sesuci
mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna
menjauhkan ia dari godaan nafsu yang
tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta
suci jadi bernoda dan berdosa.
Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah, tapi
mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu
nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan
bersih. Ia adalah sebagaimana anda
melihat pada anak kecil yang comel dan
bersih. Dia senyum pada anda dan
merapati anda. Anda terpesona kerana
bukan saja ianya comel, tapi kerana dia
adalah insan yang tidak berdosa. Kerana
sifat cinta yang mempersona ini
selalunya manusia itu berbuat silap bila
bercinta.
Apa saja yang dilakukan oleh
kekasihnya…memperson akannya dan nampak
cantik serta betul walaupun itu adalah
satu dosa dan akan menodai cinta itu
sendiri. Itulah juga yang menyebabkan
orang yang bercinta itu walaupun seorang
yang bijaksana, akan menjadi bodoh
kerana pesona cinta. Akal itu mampu
dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak
bisa dikalahkan melainkan jika anda
sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.
Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti. Ramai orang
percaya bahawa bukti cinta itu ialah
mengorbankan atau menyerahkan apa saja
yang kekasih anda mahu. Mereka percaya
jika itu tidak berlaku, maka cinta itu
tidak tinggi nilainya. Sebenarnya
anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri
semua yang dia mahu,apakah yang tinggal
pada anda? Benarkah dia cinta pada anda
bila dia mahukan pengorbanan anda?
Cinta sejati tidak memusnahkan atau
merosakkan diri kekasih yang dicintai.
Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci
dan selamat sebagaimana sucinya cinta
itu sendiri.
Cinta itu suci, mahal dan tinggi
tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika
tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta
sebenar cinta.
Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa
manusia sejak manusia itu lahir ke
dunia. Cuma manusia akan melalui
tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari
cinta kepada belaian ibu, membawa kepada
cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah
puas mencari cinta suci, maka akan cinta
kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak
dapat dilihat tapi dapat dirasa dan
cinta sebenar cinta itu suci murni serta
putih bersih.
Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap
tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan
manusia itu bersedia menerima cinta itu.
Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima
cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi
rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia
untuk mengikat setia serta saling
memahami. Setia untuk
dipertanggungjawapk an kerana cinta.
Sedia untuk menyerah diri pada yang
dicintai.
Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa
dilihat, tetapi cinta itu indah dan
cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia
bertopeng. Bukan saja ia cantik malah
suci murni, bercahaya gemerlap dan putih
bersih.
Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak
kepada jodoh atau pasangan, dari diri
yang punya persamaan, dari diri yang
asalnya satu. Bila dapat yang dicari,
bermakna cinta itu menganggap telah
bertemu yang paling sesuai dan secocok
dengan jiwanya, untuk bersatu kembali.
Kehendak itu timbal balik sifatnya
kerana manusia dalam bercinta tidak
hanya menerima tapi juga menerima.
Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia
mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk
dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi
dengan orang lain. Sifat ini menuntut
hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi,
dalam pada ingin menakluki, ia juga
ingin ditakluki sepenuhnya.
Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu
mengetahui. Orang yang bercinta tahu
siapa yang patut
dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya.
Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca
ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka
tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi,
cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu
akan peraturan cinta jika tiada
diberikan panduan.
Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia, boleh
berputik, lalu mekar serta boleh layu
dan gugur. Cinta itu punya deria dan
perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata
cinta, melihat
cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang,
benci, cemburu, gembira, sedih, tenang,
tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu
hidup sampai satu ketika ia akan menemui
mati.Tapi ramai orang berharap agar
cinta itu kekal selagi dia masih hidup
dan tetap hidup walaupun telah mati.
Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang,
cinta itu suci. Sucinya cinta bukan
bermakna ia tidak mengharap balasan.
Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya
cinta bermakna ia tidak bernoda dan
tidak pula berdosa Itulah sifat asal
cinta, ia suci bagaikan anak yang baru
lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan
cuba mengekalkan cinta itu sesuci
mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna
menjauhkan ia dari godaan nafsu yang
tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta
suci jadi bernoda dan berdosa.
Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah, tapi
mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu
nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan
bersih. Ia adalah sebagaimana anda
melihat pada anak kecil yang comel dan
bersih. Dia senyum pada anda dan
merapati anda. Anda terpesona kerana
bukan saja ianya comel, tapi kerana dia
adalah insan yang tidak berdosa. Kerana
sifat cinta yang mempersona ini
selalunya manusia itu berbuat silap bila
bercinta.
Apa saja yang dilakukan oleh
kekasihnya…memperson akannya dan nampak
cantik serta betul walaupun itu adalah
satu dosa dan akan menodai cinta itu
sendiri. Itulah juga yang menyebabkan
orang yang bercinta itu walaupun seorang
yang bijaksana, akan menjadi bodoh
kerana pesona cinta. Akal itu mampu
dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak
bisa dikalahkan melainkan jika anda
sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.
Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti. Ramai orang
percaya bahawa bukti cinta itu ialah
mengorbankan atau menyerahkan apa saja
yang kekasih anda mahu. Mereka percaya
jika itu tidak berlaku, maka cinta itu
tidak tinggi nilainya. Sebenarnya
anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri
semua yang dia mahu,apakah yang tinggal
pada anda? Benarkah dia cinta pada anda
bila dia mahukan pengorbanan anda?
Cinta sejati tidak memusnahkan atau
merosakkan diri kekasih yang dicintai.
Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci
dan selamat sebagaimana sucinya cinta
itu sendiri.

0 comments:
Post a Comment